Pro bono.

JAHATNYA THOMMY THOMAS DALAM MENYINGKIRKAN PEGUAM ADIB

Inilah dia pasangan suami-isteri, Puan Syazlin Mansor dan Tuan Ahmad Soffian Sheriff, yang merupakan hero dan heroine yang memperjuangkan kes Adib.

Tak ramai yang mungkin mengetahui pengorbanan dan liku-liku yang harus mereka lalui untuk perjuangkan kebenaran.

Puan Syazlin Mansor membawa kes Adib ini secara pro-bono, iaitu secara percuma. Beliau tidak caj walau sesen pun, sama ada dari keluarga arwah Adib, mahupun dari Kementerian dan Bomba, ketika beliau mewakili kesemua pihak-pihak ini. Segala perbelanjaan dan kos guaman keluar dari poket sendiri.

Melalui Puan Syazlin lah, maka saksi-saksi pakar Prof. Dr. Shahrom dan Dr. Amir Radzi dipanggil memberikan keterangan di Mahkamah, yang Hakim Koroner pada hari ini telah memutuskan keterangan-keterangan pakar tersebut sebagai autoritatif. Dan saksi-saksi pakar ini, kesemuanya memberikan keterangan secara suka rela tanpa mengecaj walau sesen pun yuran pakar.

Ketika Peguam Negara Tommy Thomas cuba untuk menyingkirkan Peguam Syazlin dari inkues mewakili Kementerian dan Bomba β€” Tommy cuba untuk menggambarkan kononnya Puan Syazlin tidak kompeten. Dalam kenyataannya, Tommy menuduh Puan Syazlin telah melanggar prinsip kepeguaman (conflict of interest), lalu Tommy menulis surat kepada Menteri Zuraida, agar menamatkan perkhidmatan Peguam Syazlin Mansor. Bahkan Bar(ua) Council juga pada ketika itu mengkritik Syazlin, dan ada risiko Puan Syazlin diambil tindakan disiplin.

Suami Puan Syazlin, Tuan Soffian pada waktu itu adalah setiausaha akhbar kepada Menteri Zuraida. Bagi memastikan agar isterinya dapat terus memperjuangkan kebenaran dalam inkues arwah Adib, Tuan Soffian sampai sanggup meletakkan jawatannya β€” supaya tidak berlaku masalah kelak, untuk Puan Syazlin mengambil pendirian bertentangan dari arahan atasan orang-orang politik yang jahat dan tidak jujur. Sedangkan pada waktu itu Tuan Soffian memgang jawatan yang kanan di pejabat menteri, dengan gaji dan kelebihan-kelibahan yang enak dan lunak.

Kisah Adib belum berakhir. Perjuangannya masih panjang, dan perlu diteruskan, selagi para pembunuhnya belum dibawa ke muka pengadilan, dan selagi ada pihak-pihak yang memegang jawatan-jawatan penting perundangan yang tidak amanah dan berniat jahat.

Kita harus menghargai para profesional dan ilmuan seperti Puan Syazlin Mansor, Tuan Soffian, Prof Dr. Shahrom, dan Dr. Amir Radzi, yang sanggup berkorban masa, wang, tenaga dan kelunakan hidup, demi memperjuangkan secebis kebenaran.

Kredit : Aidil Khalid


Ikuti GPS di telegram : t.me.pengundisedar
Thanks

DSN

π“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡π€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π ππ„π†π”π€πŒππ„π‹π€ 𝐃𝐒 ππ€π‰πˆπ, 𝐓𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐄𝐄 πƒπˆ πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ ππ„π‘π“π€π‘πˆπŠπ‡ πŸπŸ“ π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ—.

Saya ingin membuat sidang akhbar ini kerana perjalanan kes ini akan menjadi panjang. Kita belum pun sampai separuh dari perjalanan.

Statement yang telah direkodkan oleh saksi setakat ini adalah hampir 600 perenggan, kita belum pun sampai separuh.

Keduanya adalah kerana hakim belum membuat keputusan berkenaan kenyataan β€˜hear say’ saksi. Dan disebabkan ini para wakil media tidak mempunyai garispanduan tentang apakah bukti-bukti boleh diterima dan cerita yang tidak boleh diterima mahkamah.

Hasil dari kesulitan ini, media tidak ada pilihan melainkan melaporkan segala-galanya termasuk segala sampah sarap yang keluar dari mulut saksi ini yang kebarangkaliannya besar adalah merupakan β€˜hearsay’.

Sebagai contoh, anda pasti perasan yang saksi ini (Datuk Shahrol) telah berkali-kali mengatakan dalam hampir setiap perenggan kenyataannya…apabila ada sesuatu salah laku yang berlaku, dia akan mengatakan bahawa, β€œsaya dengar ini dari Jho Lo, saya terima arahan dari Jho Lo dan Jho kata begini dan begitu..”

Kesemua kenyataan berupa ini, seperti yang telah kami berhujah semalam adalah merupakan kenyataan yang tidak boleh diterima sebagai bukti oleh mahkamah!
Jika demikian, bermakna segala apa yang dilaporkan oleh media berkenaan anak guam kami (hasil kenyataan hear say Shahrol) adalah tersasar.

Kerana seperti saya telah terangkan sebelum ini kepada anda dan juga mahkamah tentang apa itu hearsay dan mengapa hearsay tidak boleh diterima oleh mahkamah adalah kerana apabila anda mengatakan si polan mengata sebegini dan sebegitu, anda tidak bertanggungjawab.

Ia bukan kenyataannya dalam sumpah kerana orang yang dipetik itu tidak berada di mahkamah untuk dicabar sama ada benar dia mengatakan demikian atau tidak. Kita bercakap tentang Jho Lo. Dia tidak berada di mahkamah untuk disoal balas.

Jadi, saya ingin memohon kepada anda semua (warga media) sedikit keadilan dalam menilai apabila anda melaporkan berita…anda perlu melaporkan cerita kedua-dua belah pihak. Ini adalah kerana ini adalah apa yang DIDAKWA oleh Datuk Shahrol dikatakan oleh Jho Lo. Dan perkara ini tidak dapat disahihkan kebenarannya dan akan kekal tidak dapat disahihkan kebenarannya (selagi tiada Jho Lo).

Seterusnya saya telah katakan bahawa sekiranya pihak berkuasa waras…IGP pernah katakannya, PM dan TPM juga pernah katakan bahawa Jho Lo akan ditangkap dalam beberapa minggu. Malah mereka katakan mereka tahu secara tepat di mana Jho Lo berada. Hari ini saya dengar IGP telah katakan yang sebelum akhir tahun ini Jho Lo akan ditangkap. Tetapi sebelum hujung tahun ini perbicaraan kes ini sudah berakhir bagi pihak pendakwaan. Jadi mengapa buat begini?

Kami (pihak pembelaan) telah katakan bahawa anda patut membawa Jho Lo sebagai saksi kerana sekiranya anda mahukan perbicaraan ini adil, kita juga mahu tahu dari Jho Lo apa sebenarnya yang berlaku. Terdapat begitu banyak dokumen yang kita boleh tampilkan kepada kedua-dua (Shahrol dan Jho Lo) bagi melihat sama ada DSN terlibat di dalam konspirasi menipu 1MDB.

Anda juga pasti perasan bahawa ada sesetengah dokumen itu yang Shahrol sendiri pun tidak boleh gunakan lebih jauh.
Shahrol tidak mampu katakan bahawa DSN telah berikannya arahan. Sepanjang masa dia hanya katakan bahawa, β€œSaya tidak diarahkan PM tetapi saya fikir apa yang Jho Lo ceritakan kepada saya tentang PM adalah kebenaran.” πŸ€¦πŸΌβ€β™‚
Saksi ini telah mengulangi kenyataan ini dan saya kira jumlahnya adalah sebanyak 76 kali…sekalipun dia tidak pernah menerima arahan langsung dari DSN.

Saya ingin memohon kepada anda semua untuk fahami perkara ini iaitu,
Sebab sebenar TIA menjadi 1MDB adalah kerana YDP Agong ketika itu yang juga Sultan Terengganu berasa kecewa dengan cara operasi TIA dijalankan.

Baginda kecewa kerana syarikat dana negeri yang sebenarnya adalah petroleum telah diletakkan dalam keadaan berisiko kerana tidak ada pengurusan yang teratur, tidak ada perlindungan dari ancaman dan tidak ada wakil yang mencukupi bagi menjaga kepentingan negeri Terengganu.

Inilah antara elemen yang menyebabkan baginda kecewa dan baginda telah menitahkan supaya hentikan penerbitan bon Islamik. Hentikannya dengan menggantungnya. Baginda tidak katakan untuk membatalkannya, tetapi baginda mahu menangguhkannya sebelum isu itu bergerak lebih jauh kerana kerajaan negeri Terengganu semakin terdedah.

Fakta ini adalah kritikal kerana Tuanku tidak murka kepada DSN. Baginda murka kepada mereka yang berada di dalam TIA.
DSN kemudiannya telah dimaklumkan bahawa bon itu telah diterbitkan. Anda tidak boleh membatalkan atau menangguhkannya kerana bon sudah diterbitkan.

DSN telah dinasihatkan bahawa kerajaan tidak boleh membatalkan atau menangguhkan bon ini kerana keseluruhan maruah negara dari segi bon dan kewibawaan kewangan dan juga rating di dalam pasaran antarabangsa akan musnah.

Atas sebab inilah maka DSN telah katakan bahawa kita akan teruskan, tetapi saya akan mengadap bagi menerangkan kepada YDP Agong tentang apakah impak terhadap negara sekiranya kita menggantung urusan bon ini.

Murka yang disebut adalah bukan kemurkaan YDP Agong terhadap DSN, ingat tu. Dan murka itu juga bukan seperti yang telah dilaporkan oleh pihak media secara salah akibat tersalah tafsir. Ia bukanlah situasi yang mana DSN telah mengadap YDP Agong yang sudah berada dalam keadaan murka dan telah mengatakan, β€œAku tak peduli, aku tetap nak teruskan.”

Anda perlu melaporkan perkara sebenar yang menyebabkan situasi ini terjadi. Ia terjadi kerana, sekiranya bon itu digantung, kita (negara) akan mengalami masalah yang lebih besar dari apa yang kita sudah sedia ada.

Inilah 3 elemen yang ingin saya tonjolkan secara jelas kepada anda supaya apabila anda membuat pelaporan perbicaraan selepas ini, ingatlah apa yang telah saya katakan ini.

Perkara terakhir yang ingin saya katakan adalah ini….
Anda semua ingat Amhari bukan? Apabila dia berikan kenyataannya saksinya selama 7 hari, ia sangat menjahanamkan reputasi anak guam saya. Sangat teruk bukan? Saya boleh komen (ttg Amhari) kini kerana urusannya telah selesai.

Namun setelah saya soal balas Amhari, anda semua sedar betapa terlibatnya dia dengan Jho Lo. Dia telah terima USD 840,000 dan kemudian tambahan USD 200,000, dia rembat semua handphone yang diberi Jho Lo…model-model phone terkini. Dia hadir di rumah Jho Lo seolah-olah ia adalah pejabatnya, berjumpa dengan Jho Lo (yang dia dakwa bersama arwah Datuk Azlin) di Prince Hotel. Dalam banyak-banyak tempat hotel mewah juga dipilih sedangkan anda dari Pejabat PM tetapi mesyuarat di hotel mewah dan anda mengaku terima dan ikut arahan Jho Lo.

Dan anda semua sudah tahu yang Amhari telah kata setiap satu dokumen dan arahan dari Jho Lo kepadanya telah dimusnahkan (termasuk delete email lepas bebas dalam jaminan kerana kata tak nak inbox email penuh 😝).

Setelah Amhari selesai disoalbalas oleh saya jelas bahawa gambaran yang cuba ditonjolkan oleh Amhari sepanjang 7 hari dia memberi kesaksian telah terbalik sepenuhnya!

Jadi saya mohon anda untuk tangguhkan pandangan anda dan laporan negatif anda terhadap anak guan saya (DSN) dalam perihal saksi ini (Shahrol) kerana saksi ini sedang berikan kesaksian dan belum disoal balas. Soal balas adalah merupakan satu-satunya cara kita mengesahkan kenyataannya.

Negara kita menggunkan sistem perundangan British (Anglo American system). Kebijaksanaan sistem ini adalah telah direka sistem soalbalas saksi. Tidak ada sistem lain yang mempunyai perkara ini. Ini bermakna jika anda berkata benar atau palsu, saya boleh membongkarkannya ketika sesi soal balas.

Hanya selepas soal balas peguam pembelaan, anda akan nampak apakah saksi ini (Shahrol) berkata benar ataupun tidak.

Satu soalan yang saya ingin tujukan kepada anda semua (wartawan) tanpa memberikan sebarang komen….kerana saksi belum disoal balas, saya tidak mahu dikenakan dakwaan menghina mahkamah….

Saya perlu berhati-hati kerana ramai telah kata bahawa Peguam Negara sangat berminat dengan posting-posting facebook DSN. Dia kelihatan seolah-olah suka pergi ke facebook anak guan saya dan mencari alasan untuk mengenakan dakwaan menghina mahkamah ke atas Najib. πŸ˜†
Tapi kini dia sendiri (Tommy Thomas) sudah menghina mahkamah. 🀣

Point yang ingin saya ingin tekankan dalam persoalan saya tadi adalah, anda perasan bukan yang saksi ini bukan saksi cikai, telah dilatih dengan tinggi, seorang jurutera lulusan Stamford University. Stamford University adalah setara dengan Harvard dalam ranking Universiti-universiti elit terbaik di US. Seorang jurutera yang telah bekerja dalam dunia korporat…namun dia katakan bahawa hampir kesemua surat yang dia tandatangan telah didraf oleh orang lain.

Apabila kami lakukan soal balas, kami akan dedahkan berapa banyak gaji yang saksi ini terima dan anda mungkin akan pengsan. Sebagai CEO, jika anda hanya katakan bahawa saya hanya mendengar kata Jho Lo dan ikut arahan Jho Lo dan tidak mempunyai akses kepada PM yang merupakan immediate boss anda, yang anda dakwa adalah merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat anda!

Dalam keadaan ini, saya ingin anda fikirkan apakah statement saksi seperti ini boleh dipercayai bahawa dia tiada akses kepada PM Najib? Sedangkan dia sebagai CEO mempunyai alasan yang cukup kuat untuk berjumpa dan bermesyuarat dengan Najib atas alasan mesyuarat bersama Lembaga Penasihat.

Banyak lagi yang saya ingin cerita kepada anda terutamanya berkenaan Artikel 117. Anda sudah tahu dalam perbicaraan kes SRC tentang Artikel 117 ini beroperasi dan Amharu juga telah bersetuju, kebanyakan saksi-saksi lain juga bersetuju termasuk saksi di kalangan ahli bank. Kami akan bersemuka dengan saksi ini nanti tentang perkara ini kerana tafsirannya tentang Artikel 117 adalah boleh dicabar secara mutlak.

Dia (Shahrol) katakan bahawa Lembaga Pengarah tidak dapat mengawal syarikat. πŸ€¦πŸΌβ€β™‚Jadi siapa lagi yang boleh kawal syarikat? 🀣

Lembaga Pengarah syarikatlah yang mengawal dan menjalankan operasi mana-mana syarikat di dunia!
Lembaga penasihat syarikat pula ada fungsi spesifik seperti yang telah termaktub dalam Artikel 117 yang kami akan bangkitkan ketika sesi soal balas. Ok.

-Nabeel Naqie II

p/s: Sorry lambat post, Nabeel tak sihat semalam. Pagi ni dah minum Milo Ais. Terasa sihat dan akrab. πŸ˜†

Kerahan

KERAHAN UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS BERAMAI-RAMAI ANJURAN SEKRETARIAT SUARA RAKYAT : MOHON SEBAR CONTOH LAPORAN POLIS KEATAS AMHARI DAN BUAT LAPORAN POLIS SEBANYAK MUNGKIN

Sekretariat Suara Rakyat akan membuat laporan Polis Ke atas Datuk Amhari Efendi Nazaruddin petang ini jam 5.30 di IPD Dang Wangi. Mohon sesiapa yang berkelapangan turut serta. Berkumpul dihadapan IPD. Bagi teman-teman di negeri dan daerah lain, sila buat di IPD berhampiran kawasan masing-masing. Terima kasih.

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
0123320000

Contoh Report

Berdasarkan keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin di Mahkamah sepanjang September lalu dalam kes 1MDB yang melibatkan Dato Sri Najib. Terdapat mengakuan secara jelas yang dibuat oleh Datuk Amhari bahawa beliau secara terang telah terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah ketika bersekongkol dengan Low Taek Jho (Jho Low) dalam melakukan penipuan dan penyelewengan sehingga mengakibatkan Dato Sri Najib teraniaya kerana perbuatan mereka. Saya membuat laporan ini untuk meminta pihak PDRM dan SPRM untuk menyiasat beliau kerana didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam tiga perkara berikut:

  1. Datuk Amhari mengakui beliau memiliki dan menerima gaji sebanyak RM25,000 sebulan dari syarikat swasta bernama Orbs Solutions Sdn Bhd semasa beliau masih bekerja sebagai penjawat awam.
  2. Datuk Amhari mengakui di dalam mahkamah bahawa beliau menerima dana sebanyak US$200,000 (RM840,000) dari Jho Low untuk membeli rumah pada tahun 2010 semasa beliau bekerja sebagai penjawat awam.
  3. Datuk Amhari juga mengakui dihadapn Yang Arif hakim bahawa beliau telah menerima dana sebanyak US$880,000 (RM3,7 juta) dari Jho Low di dalam akaun bank asing BSI Switzerland semasa beliau bekerja sebagai penjawat awam.

Fakta-fakta yang dikeluarkan oleh Datuk Amhari sendiri di mahkamah jelas menunjukkan bahawa beliau telah melanggar akta SPRM serta Akta AMLA dan terlibat di dalam penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram. Adalah tidak masuk akal, Dato Sri Najib orang yang teraniaya akibat namanya digunakan oleh manusia-manusia durjana ini, didakwa dan tercemar imejnya sedangkan mereka yang memperolehi manafaat dari pelakuan jenayah ini bebas dan tidak didakwa pula. Sekian laporan saya.

π‘π”πŒπ”π’π€π πŠπ„π’ 𝐒𝐑𝐂 𝐃𝐀𝐍 πŸπŒπƒπ πŒπ„π‹πˆππ€π“πŠπ€π 𝐃𝐒 ππ€π‰πˆπ π’π„π“π€πŠπ€π“ 𝐈𝐍𝐈. FB Nabeel Naqie II

Abang kakak semua nampak kan kenapa DSN ke mana-mana dalam keadaan gembira dan seolah-olah langsung tak ada masalah sungguhpun menghadapi pertuduhan demi pertuduhan di mahkamah dan serangan media dikuasai PH saban hari?

Benda macam ni bukan boleh dibuat-buat. Ia lahir dari jiwa yang bersih kerana sememangnya beliau tidak bersalah.

Siapa yang ikuti perjalanan kes SRC dan 1MDB pasti dah nampak yang kedua-dua kes ini memang ke longkang dah.

Mahkamah akan melihat fakta dan bukti.
Mahkamah bukan seperti mahakhinzir PH yang boleh beriman dengan persepsi dan fitnah. Beban pembuktian sesuatu pendakwaan itu adalah terletak kepada pasukan pendakwaan dan mereka mestilah memberikan bukti-bukti yang melangkaui keraguan yang munasabah. Ini adalah prinsip undang-undang asas.

Nabeel simpulkan di sini tentang perkara-perkara utama yang berlaku semasa perbicaraan SRC dan 1MDB setakat ini bagi memudahkan semua faham rumusan kes setakat ini.

  1. Dalam kes SRC, kenyataan saksi pendakwaan utama Joanna Yu Ging Ping (bekas pegawai Ambank) telah membuktikan bahawa Jho Lo adalah penjenayah sebenar yang telah memanipulasi akaun peribadi DSN.
  2. Fakta ini disokong melalui transkrip Blackberry Messanger (BBM) antara Jho Lo dan Joanna Yu yang mana bukti ini telah pada mulanya cuba disorok oleh pasukan pendakwaan. YA! CUBA DISOROK dan kantoi dalam court! Bukti ini diperolehi apabila penguatkuasa Bank Negara Malaysia melakukan serbuan dan merampas Blackberry Joanna Yu pada 6 Julai 2015.

3.

Pihak pembelaan yang tangkas telah berjaya mencungkil bukti ini dan membuktikannya di mahkamah.
Pihak pendakwaan terdiam sambil tepuk dahi.

  1. Transkrip perbualan mengandungi arahan Jho Lo kepada Joanna agar jangan sesekali menghantar atau memberitahu apa-apa maklumat berkenaan akaun/transaksi termasuk statement bank akaun Ambank beliau kepada DSN atau Pejabat Perdana Menteri. Joanna Yu telah akur dengan arahan Jho Lo ini dan semuanya telah disorokkan dari DSN sama sekali.
  2. Joanna Yu telah mengaku bahawa DSN tidak mengetahui akan apa yang berlaku dan Jho Lo adalah merupakan individu di setiap manipulasi kewangan melibatkan akaun DSN!
  3. Pengarah Urusan Ihsan Perdana Dr Shamsul Anwar telah memberi kesaksian bahawa DSN amat terperanjat dan kecewa apabila mendapat tahu bahawa ada seseorang telah transfer RM 42 juta ke dalam akaun beliau tanpa pengetahuan beliau.
  4. Testimoni dari saksi-saksi utama lain seperti CEO KWAP Datuk Azian Mohd Noh, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah, dan beberapa saksi lain dari perbendaharaan telah memberi kesaksian yang kuat bahawa DSN tidak pernah menyalahgunakan kuasa beliau dalam isu pinjaman RM 4 billion dari KWAP buat SRC International.
  5. Di dalam perbicaraan yang sama ini, RM 2.6 billion yang dimomokkan oleh PH selama ini sebagai wang yang dirompak Najib dari 1MDB telah dibuktikan adalah merupakan derma politik tulen dari Arab Saudi! Celakalah para pemfitnah selama ini.
  6. Bekas Pengarah Ambank Cheah Tek Kuang telah memberi kesaksian bahawa beliau sendiri yang telah membantu DSN membuka akaun bagi tujuan memudahkan kemasukan wang derma dari Arab Saudi pada tahun 2011.
  7. Malah Cheah memberitahu mahkamah bahawa perkara ini telah diberitahu oleh beliau secara rasmi kepada Gabenor Bank Negara ketika itu si Zeti Lahanat Aziz. (Zeti Lahanat Aziz kata tahun lepas, dia tak tahu apa-apa. Tuih!)
  8. Cheah beritahu di mahkamah bahawa Zeti Lahanat Aziz juga yang telah memberi lampu hijau bagi membolehkan wang masuk ke akaun DSN. Babi kan?
  9. Cheah juga memaklumkan yang beliau telah memberikan kepada Zeti Lahanat Aziz dua pucuk surat dari Kerajaan Arab Saudi pada tahun 2011 yang mengesahkan bahawa wang berkenaan adalah merupakan hadiah kerajaan Arab Saudi kepada DSN.

π‘·π’Šπ’‰π’‚π’Œ π’‘π’†π’π’…π’‚π’Œπ’˜π’‚π’‚π’ π’•π’Šπ’…π’‚π’Œ π’Žπ’†π’Žπ’‚π’π’ˆπ’ˆπ’Šπ’ π’π’†π’•π’Š 𝑳𝒂𝒉𝒂𝒏𝒂𝒕 π‘¨π’›π’Šπ’› π’”π’†π’ƒπ’‚π’ˆπ’‚π’Š π’”π’‚π’Œπ’”π’Š π’ƒπ’‚π’ˆπ’Š π’Žπ’†π’π’„π’‚π’ƒπ’‚π’“ π’Œπ’†π’π’šπ’‚π’•π’‚π’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒆𝒂𝒉 π’…π’Š 𝒂𝒕𝒂𝒔. πŸ–•πŸΌ

  1. Saksi memberitahu mahkamah bahawa DSN telah mematuhi semua prosedur bagi menerima wang derma ini.
  2. Joanna Yu juga memberitahu bahawa kemasukan wang derma DSN ini bukanlah satu rahsia dalam sektor perbankan (tidak dilakukan secara sorok-sorok) dan Bank Negara Malaysia tahu mengenainya sejak mula.
  3. Pegawai Penyiasat (IO) Rosli Hussain juga telah mengesahkan yang wang tersebut adalah merupakan derma tulen.
    Rosli dan saksi-saksi utama lain juga telah mengesahkan bahawa DSN telah memulangkan wang derma dana politik yang tidak digunakan kembali ke akaun penghantar asal (return to sender) setelah 4 bulan selepas PRU ke 13.
  4. Seperti Amhari dalam kes 1MDB, Nik Faisal telah didedahkan sebagai balaci utama Jho Lo dalam kes SRC.
  5. Nik Faisal ni adalah individu yang diberi kepercayaan dan kuasa untuk menguruskan akaun Ambank DSN. Dia ni bukan macai. Dia anak Tan Sri Nik Ahmad Kamil, bekas Menteri Besar Kelantan, seorang pejuang kemerdekaan yang turut serta dalam rundingan merdeka bersama Tunku dan Tun Razak di London pada tahun 1956 dan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat! Najib tak kutip dia dari tepi jalan.
  6. Tapi Nik Faisal juga adalah rakan Jho Lo sama seperti Amhari. πŸ€¦πŸΌβ€β™‚
    Amhari kita semua tahu dapat wang jutaan ringgit dari Jho Lo belum termasuk aset-aset mewah lain yang diperolehi diluar dari kemampuan pendapatannya sebagai penjawat awam. Amhari kantoi sebab masih ada di Malaysia. Nik Faisal awal-awal dah cabut lari (2 hari sebelum PRU ke 14).

Entah berapa banyak dia dapat tak ada siapa yang tahu. Confirm lagi banyak dari macai macam Amhari la kan? 🀣

  1. Terdedah di mahkamah oleh saksi pendakwaan R Umadevi (Pengarah Bahagian Ambank) bahawa tandatangan bekas pengarah SRC Datuk Suboh telah dipalsukan dalam dokumen yang diserahkan oleh Nik Faisal. Pihak pembelaan telah membuktikan kepada mahkamah akan pemalsuan tandatangan ini dengan demontrasi mudah di dalam mahkamah dan pihak pendakwaan hanya mampu untuk tunduk pandang ke lantai kerana terbukti mereka bodoh.
  2. Amhari ni tak payah cakap dah. Memang dah hangus menjadi jerebu dikerjakan TS Shafee dan abang kakak semua mesti dah baca dalam post-post Nabeel. Kalau belum, pi lah baca.

Jadi abang kakak semua boleh faham kenapa DSN dan pasukan pembelaan diketuai TS Shafee sangat-sangat konfiden dalam kes SRC dan 1MDB setakat ini. Kebenaran jelas memihak kepada DSN sehingga kini.

Tambahan pula, watak sebenar jenayah ini iaitu Jho Lo dan Nik Faisal gagal dihadapkan ke mahkamah. Bermakna siasatan tidak selesai tetapi Najib Tun Razak telah dijadikan mangsa pendakwaan politik oleh PH demi kelangsungan hayat pemerintahan mereka kerana mereka menang di atas fitnah bahawa Najib adalah penjenayah.

Tommy Thomas menghadapi masalah amat besar untuk membuktikan DSN bersalah kini.

Para penyokong DSN bolehlah bergembira kerana anda berada di pihak yang benar.
Teruskan berdoa agar kedua-dua kes ini dibuang oleh hakim kerana nampak jelas ia tiada merit dan hanya mainan persepsi PH.

-Nabeel Naqie II